1/29/2019

Laman Web Astronomi Malaysia

Laman Web Astronomi Malaysia

Saya dapati sangat banyak penggerak astronomi di seluruh Malaysia. Mereka ini sangat berjasa dalam menyebarkan ilmu astronomi kepada masyarakat awam. Berikut saya kongsikan laman-laman web astronomi dari Malaysia. 

Falak Online

Dimiliki oleh Shahrin Ahmad. Saya belum pernah berjumpa dengan beliau, namun sumbangan beliau amat membantu saya dalam meneruskan cita-cita dalam bidang astronomi. Falak Online sangat berguna bagi mendapatkan berita-berita terkini berkaitan astronomi dalam bahasa melayu. 

Apadilangit

Apadilangit aktif dalam menjalankan bengkel-bengkel astronomi kepada murid-murid sekolah. Anda boleh hubungi mereka untuk mendapatkan perkhidmatan bengkel astronomi di kawasan anda. 

Astronomi.my

Sebuah laman web yang memuatkan artikel berkaitan astronomi islam.

Astronomes

Laman web berkaitan astrofizik dalam bahasa Perancis dan bahasa Melayu. Banyak artikel menarik yang sesuai dibaca bagi peminat astronomi.

Laman blog berkaitan astronomi, fizik, geologi dan astrofotografi.

Al-Biruni

Banyak artikel bermanfaat di sini

Jendela Angkasa

Laman web yang dikelola oleh saudara Amirul Hazim berkaitan astronomi, falak dan sains.

Majalah Sains

Majalah Sains sesuai bagi mereka yang minat sains, tidak khusus kepada astronomi. Artikel-artikel disumbangkan oleh mereka yang berkelayakan dalam bidang masing-masing. 

The Patriots

Laman Web yang sangat popular dalam bahasa Melayu. Ada artikel-artikel astronomi yang sedap dibaca.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan