Jarak
Apabila kita bercakap mengenai matahari, planet,
bulan dan sebagainya, kita tidak lagi menggunakan meter dan kilometer, tapi
kita menggunakan unit astronomi (AU), tahun cahaya (ly) dan parsek (pc).
1 unit astronomi atau 1 AU bersamaan dengan jarak
dari bumi ke matahari. Jika dikira dalam kilometer, ia bersamaan dengan 150 000
000 km! atau 150 JUTA kilometer!. Sangat jauh jika dibandingkan dengan jarak
Perlis ke Johor (800km).
Seterusnya ialah tahun cahaya. Cahaya bergerak
terlalu pantas. Bahkan manusia di zaman dahulu menyangka bahawa cahaya bergerak
sekelip mata. Namun setelah teknologi berkembang canggih, kita dapat mengukur
bahawa cahaya mempunyai satu kelajuan yang tinggi dan tetap.
Cahaya bergerak sejauh 300 000 kilometer sesaat.
Jika kita bergerak pada kelajuan cahaya, kita dapat mengelilingi bumi sebayak 7
kali dalam masa 1 saat!
Dalam setahun, cahaya bergerak sejauh 9 461 000 000
000 kilometer. Sangat jauh dan terjangkau oleh akal kita! Namun tahukah anda,
bintang terdekat berada lebih 4 tahun cahaya dari kita.
Ini bermakna jika kita menyuluh lampu ke bintang
tersebut, ia tidak dapat melihat lampu kita sehinggalah 4 tahun kemudian.
Parsek juga digunakan secara meluas dalam
astronomi. Saya mengelakkan untuk berbincang berkenaan parsek kerana ia
memerlukan penerangan menggunakan geometri dan matematik.
1 parsek bersamaan dengan 3.26 tahun cahaya.
Mengapakah kita memerlukan unit yang berbeza?
Hal ini dilakukan supaya kita tidak pening dengan nombor-nombor
yang begitu besar.
Biasanya berkenaan jarak dalam sistem suria, kita
akan gunakan unit astronomi (AU).
Bagi jarak antara bintang, dan antara galaksi, kita
gunakan tahun cahaya dan parsek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan