7/26/2015

Zigma Germany Scam

Assalamualaikum pembaca2 yang mungkin sedang mencari cari produk zigma germany. Anda mungkin juga orang yg ke 6 atau 7 yg dapat voucher istimewa dan sedang membaca blog ni. Saya dah terkena.

Taktik mereka ni, mula2 mereka akan tanya nak beg free ke, isi borang jer. Lepas tu mereka akan bagi voucher utk kita bukak. Anda mungkin dapat RM100 atau RM1000 utk barang RM3500++. Dengar sini, jangan percaya. Mereka akan buat-buat terkejut dan call boss katanya mungkin silap cetak. Masa tu saya pun dah terkejut dan masuk dalam perangkap taktik mereka. Mereka akan kata yang anda merupakan orang yang ke sekian sekian dan voucher ini limited edition.

Kemudian akan ada ramai la rakan-rakan mereka datang dan pujuk. Salah seorang yang datang tu mungkin 'Bos' yang mereka call. Benda ni dah berlaku sebelum ni tapi menggunakan jenama lain spt Roset Germany atau AMG Italy. Boleh check Blog ni. Saya pulang ke rumah dan ayah saya cuba water dispenser yg dibeli dan nampak macam xberfungsi dan sangat low quality. Kemudian ayah saya search dan terjumpa post-post mengenai taktik yang sama tetapi dengan nama syarikat yang berbeza. Malah no GST pun menipu. Anda boleh check di laman kastam. Untuk jimatkan masa dan wang anda, sekiranya anda sedang duduk di hadapan seller dan sedang membaca post ini, bangun dan ucap terima kasih. Kemudian beredarlah pergi. Jangan bayar walau sesen pun.

Sekian sahaja, sekarang saya pun dalam proses nak claim balik duit saya sampai RM5000 konon harga semua RM15000. Yang menjual budak-budak Melayu Islam.

Update:
Nampaknya sudah ramai yang terkena. Saya tahu tentang asal usul produk zigma ni bila ayah saya terjumpa mengenai kisah Roset Germany. Jenama Roset Germany ni digunakan beberapa tahun lepas. Sekarang bertukar kepada Zigma, tapi produk dan taktik jualan still sama. Minta berhati-hati dengan promosi2 tak masuk akal ni. Ketika saya dapat tahu yang produk ni menggunakan jenama palsu, pada harga yang tinggi, dan taktik yang menipu pengguna, saya terus beritahu kpada kawan rapat saya. Dia terkejut, sbb ayahnya pernah juga kena beberapa tahun lepas, taktik yang sama, tapi jenama Roset. Maka dapatlah disimpulkan bahawa selepas ini mereka mungkin akan menukar jenama lagi.

1 ulasan:

  1. Baru nak terkena td...guna jenama sanji... alhamdulillah masih dipelihara dr tipu daya..

    BalasPadam