7/30/2015

Fakta menarik mengenai Bumi

Jutaan tahun lamanya manusia sudah bertapak di Bumi. Pelbagai event menarik berlaku di tanah yang kita pijak ini. Di bawah ini saya sertakan fakta-fakta menarik mengenai Bumi.

Bumi berumur 4.54 billion tahun.
Umur Bumi dan planet-planet lain dalam sistem suria mempunyai umur yang serupa iaitu dalam lingkungan 4.5 billion tahun. Umur Matahari pula ialah 4.6 billion tahun.

Jarak antara Bumi dan Matahari ialah 150 juta km
Jarak antara Bumi dan Matahari berubah sepanjang tahun kerana orbit bumi ialah 'ellipse'. Jarak paling dekat antara Bumi dan Matahari yang dikenali sebagai 'perihelion' ialah 147 juta km manakala jarak paling jauh antara Bumi dan Matahari yang dikenali sebagai 'aphelion' ialah 152 juta km. Perihelion berlaku sekitar bulan Januari dan Aphelion pula sekitar bulan Julai.


Bumi mengorbit lengkap matahari selama 365.26 hari
Sebab itulah kita mempunyai tahun lompat iaitu 366 hari untuk setahun.

Jarak orbit bumi ialah 940 juta km
Bumi bergerak sejauh 940 juta km mengelilingi matahari setiap tahun.


Bumi bermaksud tanah
Bumi ialah satu-satunya planet yang tidak dinamakan sempena tuhan mitos rom atau greek. Earth, Erd,Erta, Ard kesemuanya mempunyai maksud yang sama iaitu tanah.


Bumi merupakan planet yang paling tumpat dalam sistem suria
Ketumpatan Bumi ialah 5.51 g/cm

Bentuk Bumi ialah bulatan oblate dan bukan bulatan sempurna 
Diameter Bumi dari kutub utara ke kutub selatan lebih kecil berbanding di khatulistiwa. Hal ini disebabkan oleh putaran Bumi di atas paksinya. Oleh sebab itu, graviti Bumi di khatulistiwa lebih kecil berbanding di kutub.

71 peratus daripada permukaan Bumi dilitupi oleh air
Sebahagian besar Bumi dilitupi oleh air. Kita berpijak di 29 peratus kawasan permukaan Bumi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan