1/30/2019

Sistem Suria



Setelah manusia memerhati ke langit malam untuk beberapa ketika, manusia mendapati bahawa terdapat objek-objek yang bergerak pada berlainan kelajuan. Sebagai contoh, matahari dan bulan bergerak setiap kitaran hari. Manakala terdapat juga objek yang bergerak lebih perlahan dan dinamakan sebagai planet.

Sebelum tercipta teleskop, manusia sudah merekodkan sebanyak 7 objek yang bergerak di malam hari selain daripada bintang. Objek-objek ini ialah matahari, bulan, dan 5 buah planet iaitu utarid, zuhrah, marikh, musytari dan zuhal. Setelah teknologi berkembang, manusia dapat mengesan lebih banyak planet seperti uranus dan neptun.
Kesemua objek ini merupakan sebahagian daripada sistem suria.Sistem suria terbentuk sekitar 4.5 billion tahun yang lalu. Ini bermakna, hampir kesemua objek di dalam sistem suria lahir pada waktu yang sama.

Banyak teleskop moden yang digerakkan untuk mengkaji sistem suria. Malah prob angkasa lepas juga dilancarkan untuk melihat planet-planet dengan lebih dekat. Robot-robot digunakan bagi menganalisis sampel-sampel dari planet, asteroid dan komet. Ahli astronomi sedar bahawa dengan mengkaji objek-objek di dalam sistem suria, kita dapat memahami kedudukan kita di alam semesta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan