1/31/2019

Fakta mengenai Matahari


Setiap hari, kita melihat matahari terbit dan terbenam. Matahari memancarkan cahaya yang terang sehingga menerangi separuh daripada bumi. Ia juga memanaskan permukaan bumi untuk mengeringkan baju kita secara percuma. Jadi, bagaimanakah matahari mampu melakukan semua ini? Jom kita belajar.



Matahari merupakan pusat bagi sistem suria. Kesemua objek di dalam sistem suria mengelilingi bebola gas gergasi ini.

Matahari merupakan salah satu bintang daripada beratus bilion bintang di dalam galaksi kita. Ia memancarkan cahaya dan haba melalui satu proses pelakuran nuklear. Proses ini berlaku apabila atom-atom hidrogen berlanggaran dan bercantum untuk membentuk atom helium. Proses ini akan berterusan sehinggalah atom-atom hidrogen habis digunakan. Ahli astronomi menjangka bahawa matahari akan kehabisan bahan apinya selepas 5.5 bilion tahun. Ini bermakna jangka hayat matahari adalah sekitar 10 bilion tahun.

Tahukah anda, matahari sebenarnya bukan berwarna oren atau kuning, tetapi berwarna putih?
Matahari memancarkan semua jenis cahaya, menyebabkannya kelihatan berwarna putih dari angkasa lepas.

Di permukaan matahari, terdapat tompok-tompok matahari yang wujud disebabkan perubahan medan magnet. Tompok-tompok ini mempunyai kitaran hidup selama 11 tahun.

Antara fenomena menarik berkenaan matahari ialah angin suria. Jika matahari memancarkan angin suria ke arah bumi, alat-alat komunikasi seperti satelit akan rosak. Oleh itu, kita berharap supaya angin suria ini tidak dihala ke arah bumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan