1/30/2019

Sinaran Terma




Antara proses penting dalam astronomi ialah berkenaan dengan pemindahan tenaga. Proses ini berlaku melalui tiga kaedah iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. Dua proses pertama memerlukan medium untuk berlaku. Sebagai contoh, haba dialirkan secara konduksi pada periuk besi. Konduksi memerlukan pepejal sebagai medium manakala perolakan memerlukan bendalir.



Sinaran pula tidak memerlukan sebarang medium untuk memindahkan tenaga. Jadi, proses pemindahan tenaga seperti cahaya dan haba matahari ke bumi adalah melalui proses sinaran. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengkaji sinaran supaya kita dapat memahami sumber-sumber cahaya yang sampai ke mata kita.


Bintang-bintang mengeluarkan cahaya disebabkan oleh proses pelakuran nuklear iaitu Hidrogen menjadi Helium. Warna bagi bintang-bintang ini pula bergantung kepada suhu di permukaannya. Bagi bintang yang sangat panas, ia akan mengeluarkan lebih banyak cahaya berwarna biru. Manakala bintang yang lebih sejuk, mengeluarkan cahaya merah yang lebih banyak berbanding biru.


Namun, bagaimana kita boleh mengukur suhu sesebuah bintang? Jawapannya ialah pada sinaran jasad hitam. Jasad hitam ialah objek yang tidak memantulkan cahaya dan hanya memancarkan cahayanya sendiri berdasarkan suhu. Kesemua bintang yang kita rekodkan adalah dianggap sebagai jasad hitam. Terdapat 2 hukum fizik yang dipatuhi oleh jasad hitam iaitu hukum Wein dan hukum Stefan.


Hukum Wein mengaitkan antara suhu sesebuah objek(jasad hitam) dan warnanya yang paling terang (panjang gelombang maksimum). Hukum ini diterjemahkan dalam sebuah persamaan λT = 2.898 milimeter di mana λ ialah panjang gelombang dalam milimeter dan T ialah suhu permukaan dalam Kelvin.

Hukum Stefan menghubungkan antara keamatan tenaga sesebuah objek(jasad hitam) dengan suhu permukaannya. Hukum ini diterjemahkan dalam persamaan yang dikenali sebagai persamaan Stefan-Boltzmann iaitu F=σT4. F ialah fluks tenaga dalam unit Wm-2 dan T dalam unit Kelvin. σ ialah pemalar Stefan-Boltzmann dengan nilai 5.67×10-8 Wm-2 K-4. 



Graf jasad hitam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan