1/30/2019

Teleskop



Apabila kita menyebut tentang ahli astronomi, kita membayangkan mereka melihat bintang melalui teleskop. Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis teleskop yang digunakan untuk melihat ke angkasa?

Sebelum ini, kita sudah belajar mengenai cahaya dan gelombang elektromagnet. Setiap bahagian gelombang elektromagnet ini memerlukan peralatan yang berbeza untuk melihatnya.

XMM Newton: Teleskop Sinar-X

Sebagai contoh, teleskop radio digunakan untuk melihat langit melalui gelombang radio. Teleskop optik digunakan untuk melihat cahaya. Setiap teleskop ini mempunyai bentuk dan reka cipta yang berbeza.

Teleskop yang kita kenali hari ini, merupakan teleskop optik. Antara jenis teleskop optik ialah teleskop pembias, teleskop pemantul dan teleskop katadioptrik. 

Namun, secara tidak disedari, anda juga pernah melihat teleskop-teleskop lain. Contohnya adalah piring Astro. Piring Astro merupakan sejenis teleskop radio yang digunakan untuk melihat gelombang-gelombang radio daripada satelit dan seterusnya diproses menjadi gambar di televisyen.


ALMA: Teleskop Radio

1 ulasan:

  1. Pengguna teleskop NEWTONIAN /Basic eyepices dan aperture

    BalasPadam