Planet paling hampir dengan matahari ialah planet Utarid.
Planet ini merupakan planet terkecil dalam kalangan planet-planet di dalam
sistem suria.
Utarid mempunyai permukaan yang berbatu dan dipenuhi
dengan kawah seperti bulan. Ia juga mempunyai atmosfera yang nipis. Tidak
seperti bumi, utarid tidak mempunyai sebarang bulan yang mengorbitnya.
Utarid berputar sangat perlahan pada paksinya. Satu hari
di utarid bersamaan dengan 176 hari di bumi. Satu tempoh yang sangat lama jika
kita tinggal di utarid! Bukan itu sahaja, satu tahun atau satu pusingan
mengelilingi matahari di utarid mengambil masa hanya 88 hari.
Disebabkan planet utarid berada di bahagian dalam orbit
bumi, ia tidak dapat kelihatan pada waktu malam. Utarid biasanya kelihatan
sebelum matahari terbit atau selepas matahari terbenam. Ia akan berada sangat
hampir dengan ufuk pada waktu tersebut. Utarid juga mempunyai fasa-fasanya yang tersendiri seperti di bawah.
Sumber: https://cosmicintelligenceagency.com/venus-evening-star/ |
Utarid terbentuk bersama-sama dengan sistem suria
kira-kira 4.5 bilion tahun lalu. Ketika ini, batu-batuan terbentuk berhampiran
dengan matahari disebabkan tarikan graviti. Setelah matahari terbentuk, utarid mula
mengumpul gas-gas membentuk atmosfera. Namun disebabkan saiz dan jisimnya yang
kecil, dan angin suria, atmosferanya dicabut keluar. Oleh sebab itu, utarid
hanya mempunyai atmosfera yang sangat nipis berbanding dengan planet-planet
lain.
Utarid mempunyai satu ciri yang tidak terdapat pada planet lain iaitu resonans spin-orbit. Utarid berputar 3 kali pada paksinya setiap 2 orbit mengelilingi matahari. Asal-usul resonans ini masih lagi diperdebatkan oleh ahli astronomi. Namun dalam perbincangan ini, kita lebih tertarik akan keadaan seharian di utarid. Seperti yang disebutkan sebelum ini, satu hari suria (matahari terbit-terbenam-terbit) di utarid mengambil masa 176 hari di bumi. Yang lebih menariknya, utarid mengambil masa selama 58 hari untuk berputar di atas paksinya. Perbezaan yang ketara ini adalah disebabkan putarannya yang perlahan berbanding orbitnya mengelilingi matahari.
Jika anda berada di sebahagian kawasan di utarid, anda akan dapat lihat matahari terbit dari timur, terbenam di timur, dan kembali terbit dari timur. Manakala di sebahagian kawasan lain, matahari akan kelihatan terbenam di sebelah barat, terbit kembali dari barat, dan kemudian terbenam di barat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan