10/28/2017

Teori Tokokan Teras

Teori Kejadian Sistem Suria

Para saintis telah mengemukakan tiga model berlainan yang menerangkan kejadian planet yang berada di dalam sistem suria.

 

Teori tokokan teras (core accretion)


Sekitar 4.6 billion tahun lalu, sistem suria ini hanya mengandungi gas dan debu yang dikenali sebagai solar nebula. Graviti telah menarik bahan-bahan ini ketika ia mula berputar. Sehingga mewujudkan matahari di tengah-tengah nebula ini.

Kewujudan matahari menyebabkan sisa-sisa gas dan debu ini untuk bercantum. Zarah-zarah yang halus dan kecil mula bergabung hasil dari tarikan graviti, lalu ia menjadi semakin besar. Angin suria telah menolak keluar elemen-elemen ringan seperti hydrogen dan helium pada ruangan berdekatan, dan hanya meninggalkan elemen-elemen berat, dan batuan-batuan sehingga terhasil sebuah planet berbatu seperti bumi.

Namun, pada ruangan yang jauh dari matahari, angin suria tidak lagi mampu menolak elemen-elemen ringan, sehingga menyebabkan elemen-elemen ini mula bergabung sehingga terhasil planet-planet gergasi bergas. Asteroid, komet dan bulan-bulan juga terhasil.
Teras batuan di bumi terhasil dahulu apabila elemen-elemen berat berlanggaran dan bercantum.

Bahan-bahan yang tumpat tenggelam ke teras bumi, manakala bahan-bahan yang lebih ringan membentuk kerak bumi. Medan magnet berkemungkinan wujud ketika ini. Graviti bumi telah menarik gas-gas dan membentuk atmosfera.

Pada awalnya, bumi mengalami perlanggaran dengan objek yang besar sehingga melontar keluar bahan-bahan dari bumi ke angkasa. Bahan-bahan ini bergabung dan membentuk bulan, yang mengorbit bumi.


Teori ini diterima ramai saintis yang mengkaji planet, namun terdapat beberapa kepincangan pada teori ini. Antaranya, teori ini tidak dapat menjelaskan percantuman antara debu-debu dibawah tarikan gravity. Debu-debu ini mungkin sahaja berlanggar secara kenyal dan tidak bercantum. Apabila debu-debu ini bercantum sehingga menjadi besar, objek-objek lain yang ‘berlanggar’ padanya mungkin sahaja menyebabkan cantuman debu itu hancur.
Maka terdapat teori lain yang cuba untuk mencari penyelesaian bagi teori ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan