10/21/2017

Kejadian Matahari

Kejadian Sistem Suria

Terdapat pelbagai teori tentang kejadian sistem suria. Hal ini kerana manusia tidak dapat melihat kejadian alam semesta secara terus. Manusia hanya dapat mencipta kembali senario-senario yang berlaku dahulu melalui kajian pada bahan-bahan tinggalan yang ada pada hari ini. Hal ini sama seperti ahli arkeologi dan ahli paleontologi yang cuba membentuk kembali situasi yang berlaku suatu ketika dahulu. Teori-teori ini akan dibincangkan pada post akan datang.

Kejadian Matahari

Kejadian sistem suria dipercayai bermula di sebuah kawasan di alam semesta yang dipenuhi awan gas dan debu (cloud and dust particle). Gas-gas dan debu ini telah diganggu oleh sesuatu kejadian yang dipercayai sebagai letupan supernova.

Letupan ini menghasilkan gelombang di alam semesta yang menyebabkan awan tersebut semakin termampat. Awan-awan ini kemudian berkumpul dan menarik gas dan habuk disekitarnya melalui tarikan graviti. Kumpulan awan ini kemudian membentuk solar nebula.



Awan ini mula berputar apabila semakin banyak objek masuk kedalam awan tersebut. Berdasarkan keabadian momentum sudut, semakin banyak objek yang masuk kedalam awan tersebut, semakin laju ia berputar.  

Bahagian awan yang tumpat terus menarik objek-objek lain kedalamnya melalui tarikan graviti. Awan ini kemudian membentuk objek stellar yang dikenali sebagai protobintang. Apabila berlakunya pelakuran, bintang ini kemudiannya menghembuskan angin stellar yang menolak awan-awan dari memasukinya. Ketika ini, tarikan graviti telah diseimbangkan oleh radiasi dari pelakuran.


Maka terbentuklah bintang yang dikenali sebagai matahari. 

Penerangan melalui video boleh dilihat disini. (Kejadian sistem suria)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan