2/03/2019

Jenis Bintang


Bintang dikategorikan berdasarkan beberapa faktor. Antaranya ialah suhu permukaan dan kecerahan. 


Credit: ESA/Hubble

Suhu permukaan bintang diukur berdasarkan warna bintang tersebut. Bintang biru mempunyai suhu paling tinggi iaitu 30 ribu darjah Celcius, manakala bintang merah mempunyai suhu paling rendah iaitu sekitar 3 ribu darjah Celcius. Suhu sesuatu bintang boleh ditentukan menggunakan hukum Wien dan Hukum Stefan seperti di dalam tajuk sinaran terma. Pengkelasan ini dibahagi kepada tujuh bermula dari yang paling panas iaitu O, B, A, F, G, K, M. 

Kelas - Suhu permukaan - Contoh Bintang
O - 30 000 K - Mintaka (O9)
B - 20 000 K - Rigel (B8)
A - 10 000 K - Vega (A0)
F - 7000 K - Canopus (F0)
G - 6000 K - Alpha Centauri (G5)
K - 4000 K - Arcturus (K2)
M - 3000 K - Betelguese (M2)


Pengkelasan ini dibahagikan lagi kepada bahagian-bahagian kecil menggunakan nombor. Sebagai contoh, bintang O1 merupakan bintang terpanas, manakala bintang M9 ialah bintang sejuk. Matahari dikategorikan sebagai bintang G2 dengan suhu sekitar 5 ribu darjah Celcius. Hampir 75% bintang di galaksi kita merupakan bintang jenis M

Bintang juga dikelaskan mengikut kecerahan. Kecerahan ini mengikut turutan berikut:
I - Super Raksasa
II - Raksasa Cerah
III - Raksasa
IV - Sub Raksasa
V - Kerdil (jujukan utama)
VI - Sub Kerdil
D - Kerdil Putih.


Matahari merupakan bintang jenis kerdil atau juga dikenali sebagai bintang jujukan utama. Secara penuh, matahari dikelaskan sebagai bintang G2V.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan