Tips A+ Fizik SPM
Berikut saya senaraikan beberapa tips yang saya lakukan untuk dapat A+ dalam SPM dan jugak A+ untuk setiap peperiksaan di sekolah.
1. Beli satu buku rujukan yang bersesuaian.
Cari satu buku rujukan yang sesuai dengan cita rasa kita.
-Sebahagian pelajar suka membaca, maka pelajar-pelajar ini sesuai dengan buku rujukan yang penuh dengan tulisan dan formula.
-Sebahagian pelajar pula mudah belajar melalui akronim, gambar rajah dan komik. Jadi pelajar-pelajar ini wajar mencari buku rujukan seperti ini.
Jangan risau, buku rujukan tahun 2018 ni bermacam-macam jenis. Tambah pulak dengan soalan-soalan KBAT.
Dan pastikan anda hanya beli satu atau dua buku rujukan sahaja. Jangan beli banyak-banyak! Nanti anda serabut nak cari maklumat. Gunakan satu buku rujukan sepanjang tahun.
2. Guna buku rujukan tersebut sampai koyak rabak!
Masa saya tingkatan 4, saya guna buku rujukan Whizz yang comel tu. Setiap minggu saya akan selak dan baca. Pergi kelas, bukak buku rujukan. Buku teks kekal menjadi artifak sejarah di arkib di bawah meja sekolah. Disebabkan terlalu kerap guna buku rujukan yang sama, saya hafal subtopik, fakta-fakta dalam buku rujukan tersebut beserta muka surat!
Gunakan buku rujukan tersebut sehingga rabak. Jangan risau, habis SPM, buku tu tinggal kenangan. Tak dak orang nak beli buku rujukan lama. Sedekahkan buku tersebut kepada perpustakaan atau kepada adik-beradik yang memerlukannya.
3. Buat latihan kertas 2 sebanyak mungkin
Kertas 2 mempunyai jumlah markah 100 daripada 190 markah keseluruhan. Kertas 2 ini boleh dianggap sebagai teras atau core dalam menentukan markah anda nanti. Jika anda mampu skor kertas ini, insyaAllah anda akan dapat skor kertas 1 dan 3 dengan baik.
Kertas 2 ini memerlukan anda untuk berfikir dan mengaplikasi teori. Buat latihan kertas 2 ini sebanyak mungkin, kemudian periksa jawapan anda dengan skema yang diberikan.
Apabila anda biasakan diri dengan kertas 2, anda akan mempelajari teori dan pengiraan dalam fizik. Secara tidak langsung, anda sudah mampu untuk menjawab kertas 1 objektif.
Untuk Kertas 2 bahagian B dan C, soalannya mempunyai pattern yang sama. Definisi, perbandingan dan aplikasi fenomena fizik. Kemudian buat jadual. Setiap kertas soalan mempunyai pattern yang sama.
4. Tonton video aplikasi fizik di YouTube
Zaman ini, YouTube sudah dipenuhi dengan pelbagai video yang membantu anda memahami sesuatu fenomena.
Sebagai contoh, saya dahulu banyak menonton Veritasium dan Sixty Symbols. Dulu saya kena bukak laptop untuk tonton video-video ni. Lambat ooo! Sekarang anda dah boleh akses video-video ni di smartphone anda. Pastinya anda lebih hebat dari saya!
Contoh video berkaitan mass oleh Sixty Symbols. Video-video ini sudah lama. Sekarang YouTube channel ni sudah banyak mengeluarkan video-video baru. Banyak video yang menarik!
Ini antara video yang sangat baik berkaitan salah tanggapan terhadap graviti. Saya tonton video ni selepas belajar tentang graviti! Rasa macam wahyu turun dari langit! Terus rasa diri ni pandai lepas tengok video ni. Video: What is Gravity?
Video Misconception about Falling Objects ini juga menarik. Ia berkaitan salah tanggapan terhadap graviti. Anda sudah mempelajarinya pada bab 2 Tingkatan 4.
Saya jugak ada YouTube channel tersendiri khas untuk subjek Fizik! Sila tonton,like dan subscribe Physicsolution
Gunakan kemudahan-kemudahan yang ada hari ni untuk memacu anda ke hadapan!
5. Buat sebanyak mungkin soalan-soalan percubaan
Habis saja percubaan SPM, cari sebanyak mungkin soalan-soalan percubaan SPM dari negeri lain.
Soalan-soalan percubaan ni merupakan bayangan kepada Soalan SPM sebenar kelak.
6. Buat target bagi setiap kertas soalan
Untuk dapatkan A+, anda perlu dapat 90 ke atas.
Jumlah markah yang diperlukan ialah 171/190.
Target minimum saya dulu ialah
Kertas 1 50/50
Kertas 1 50/50
Kertas 2 90/100
Kertas 3 40/40
Kertas 3 tu wajib dapat 40/40 sebab kaedah menjawabnya sudah tersedia. Manakala bagi kertas 1, anda perlu lakukan sebanyak mungkin latihan tambahan untuk dapatkan markah melebihi 45/50.
Bagi kertas 2 pula, anda mungkin kehilangan markah bagi soalan KBAT.
Setkan target anda, dan cuba untuk mencapainya pada setiap kertas soalan percubaan yang anda lakukan.
thank u cg'
BalasPadamThank you cikgu
BalasPadamAssalamualaikum cikgu, mohon bertanya kertas 3 fizik spm tu boleh cikgu share tak teknik menjawabnya.
BalasPadamTq cikguu
BalasPadam