Bagaimanakah Sistem Suria terbentuk?
Teori Pengecutan Nebula
- Sebelum berlaku proses pembentukan sistem suria, terdapat awan gas dan debu (nebula) pada lokasi sistem suria ini.
- Kemudian, berlaku sebuah supernova berhampiran dengan lokasi sistem suria kita.
|
Supernova SN1054 |
- Supernova ini mengeluarkan gelombang dan mengganggu kumpulan-kumpulan debu dan gas , menyebabkan debu dan gas ini mula bercantum di bawah tarikan graviti.
- Apabila semakin banyak debu dan gas berkumpul dan membentuk sebuah teras, suhu mula meningkat pada teras tersebut.
- Teras ini kemudiannya menarik lebih banyak debu dan gas disekitar, menyebabkan jisimnya meningkat, dan tarikan graviti semakin kuat.
|
Kredit Foto: ESO/L. Calcada |
- Debuan dan gas yang ditarik ke teras ini, berputar-putar di sekeliling teras ini dan membentuk seperti cakera. Semakin banyak awan gas dan debu yang ditarik masuk ke teras, semakin laju cakera ini berputar. (Keabadian momentum sudut)
- Apabila teras ini cukup panas, maka hidrogen akan mula melakur (fusion) dan mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba dan cahaya.
- Maka teras inilah yang membentuk matahari di tengah-tengah sistem suria
Bagaimana pula dengan kejadian planet-planet?
Teori Kondensasi
Planet batuan
- Bahan penting dalam pembentukan planet ialah debuan atau jirim-jirim yang wujud pada ruang angkasa (Interstellar dust)
- Debuan ini merupakan sisa-sisa dari bintang-bintang yang sudah tua dan debuan ini mempunyai suhu yang amat rendah.
- Debuan-debuan yang wujud ketika fasa cakera ini telah terkondensasi dan membentuk objek-objek yang lebih besar
- Apabila permukaan objek ini semakin luas, ia akan berlanggaran dan menangkap lebih banyak objek lain. Proses ini dikenali sebagai tokokan (accretion).
- Gabungan ini membesar dan membesar, sehingga ia mempunyai graviti yang cukup untuk menarik objek lain, objek ini dikenali sebagai planetesimal.
- Objek-objek yang terbentuk berhampiran dengan matahari, berada pada suhu yang tinggi, maka elemen yang berat seperti besi dan nikel terbentuk lebih dalam di teras, manakala elemen yang ringan seperti silikat terbentuk pada permukaan. Ketika ini, graviti planetesimal sudah semakin kuat dan menarik lebih debuan dengan lebih cepat. Ia membentuk protoplanet.
- Protoplanet ini kemudiannya membentuk planet seperti yang ada pada hari ini.
Planet bergas
- Pembentukan planet bergas pula berbeza dengan planet batuan kerana lokasi planet bergas agak jauh dari matahari. Maka suhu di lokasi planet bergas sangat rendah.
- Planet-planet bergas terbentuk apabila debu dan gas ini berada dalam ketidakstabilan disebabkan suhu yang rendah dan kewujudan repihan ais (ice flakes) yang banyak.
- Bahan-bahan ini menarik debu dan gas dibawah tarikan graviti.
- Proses ini berlarutan selama jutaan tahun, sehingga wujud planet-planet bergas seperti yang ada hari ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan