Momentum Sudut
Setiap objek mempunyai momentum sudut tersendiri. Momentum sudut ini ialah kecenderungan sesuatu objek untuk terus berada dalam keadaan berputar atau pegun.
Momentum Linear
Momentum Linear adalah kecenderungan sesuatu objek untuk bergerak dalam garisan lurus (tidak belok). Momentum Linear adalah hasil darab antara jisim dan halaju.
Momentum Linear = Jisim x Halaju
Untuk Maklumat lanjut: sila klik disini
Bayangkan anda menaiki kereta dan rakan anda menaiki lori. Jika kedua-dua kenderaan ini menuruni satu cerun bukit, pada halaju yang sama, kita akan mendapati kereta lebih mudah dihentikan berbanding lori.
Anologi yang sama juga dibuat kepada Momentum Sudut. Ia adalah kecenderungan sesuatu objek untuk terus berada dalam keadaan berputar, atau berapa banyak daya yang perlu dikenakan untuk menghentikan putaran objek tersebut. Namun, Momentum Sudut bergantung kepada pengagihan Jisim dan halaju (sudut). Berdasarkan Hukum Pergerakan Newton, Momentum Sudut mesti diabadikan.
Untuk Maklumat lanjut: sila klik disini