10/14/2017

Sistem Suria

Sistem Suria


Di alam semesta yang begitu luas ini, terdapat ratusan billion galaksi yang memenuhi alam semesta. Daripada ratusan billion galaksi ini, kita berada di sebuah galaksi yang dinamakan Bima Sakti. 

Galaksi ini mempunyai bentuk yang sama seperti Bima Sakti


Di dalam galaksi kita, Bima Sakti, terdapat berbillion-billion bintang yang membentuk galaksi kita. Daripada berbillion-billion bintang ini, terdapat sebuah bintang yang istimewa kepada manusia, iaitu Matahari.
Matahari dan 8 buah planet

Bagi manusia di zaman purba, matahari merupakan tuhan (masyarakat mesir purba), manakala bagi kita, matahari merupakan sumber tenaga yang menghasilkan haba dan cahaya untuk kehidupan kita.

Matahari bersama-sama dengan objek-objek lain yang mengorbitnya membentuk Sistem Suria yang wujud sekitar 4.6 billion tahun lalu!

Planet-planet mengelilingi matahari disebabkan tarikan graviti oleh matahari, dan planet-planet ini tidak mengeluarkan cahaya, tetapi memantulkan cahaya dari matahari.


Planet-planet ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu planet berbatu (Terrestrial Planet) dan planet gergasi bergas (Jovian Planet). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan