8/29/2017

10 Tips Skor SPM straight A+

10 Tips Skor Straight A+ dalam SPM 


1) Letakkan target markah pada setiap subjek

   

  •   Pastikan target yang realistik. Jangan target terlalu tinggi, atau terlalu rendah. Yakin pada diri! 

2) Buat sebanyak mungkin kertas model SPM

  • Biasakan diri ke kedai-kedai buku seperti Popular dan MPH yang menjual buku-buku model SPM
  • Simpan duit perbelanjaan, habiskan duit dengan membeli buku atau berkongsi dengan rakan-rakan 
  • Pastikan buku lusuh! Jangan biarkan buku-buku latihan dipenuhi sarang labah-labah 
  • Beli dan buat! 
  • Beli buku yang mempunyai skema jawapan
  • Jangan kedekut duit untuk membeli buku

3) Semak latihan yang dibuat dengan skema jawapan 

  • Lepas habiskan latihan, semak jawapan dengan skema jawapan yang disediakan 
  • Jangan buat latihan banyak-banyak, tetapi tidak semak jawapan, akhirnya kita akan syok sendiri! 

4) Buat sebanyak mungkin latihan sehingga mencapai target markah, dan terus berlatih tubi

  • Pelajari melalui kesilapan yang dibuat ketika latihan, dan latih diri supaya tidak mengulanginya
  • Apabila sudah mencapai target, cuba naikkan target markah kepada yang lebih tinggi! 
  • Ingat! Kecuaian(careless mistake) adalah musuh utama bagi pelajar yang terlalu yakin

5) Jangan beli terlalu banyak buku rujukan! 

  • 1 buku rujukan yang tebal sudah mencukupi. Jika hendak jimat, kongsi dengan rakan anda. 
  • Terlalu banyak buku rujukan akan menyebabkan anda semakin pening dengan keutamaan yang diberikan pada buku-buku tersebut. Anda tidak tahu hendak rujuk buku yang mana dahulu, akhirnya anda tidak rujuk langsung! 
  • Jika anda tidak mampu membeli buku rujukan, pinjam dari perpustakaan atau dari rakan anda, kemudian salin sebanyak mungkin nota-nota penting yang tidak terdapat di dalam buku teks. 
  • Pastikan nota-nota tersebut disusun kemas!

6) Tulis nota ringkas bagi subjek yang memerlukan hafalan

  • Sebahagian subjek seperti Sejarah dan Pendidikan Islam memerlukan hafalan oleh pelajar
  • Antara kaedah untuk memudahkan hafalan adalah seperti dalam tips 2 hingga 4 
  • Namun, kaedah lain ialah dengan menulis nota setiap hari dan membacanya ketika bosan 
  • Koyakkan satu helai kertas dari buku kosong yang tidak digunakan, tuliskan dengan ringkas fakta-fakta penting seperti ciri-ciri masyarakat Paleolitik 
  • Pada mulanya anda menulis, anda akan rasakan bahawa anda sudahpun menghafalnya, namun ingat, itu hanyalah short term memory! Pastikan nota tersebut sentiasa dalam poket anda, kerana anda akan sentiasa mengingati bahawa terdapat fakta-fakta penting dalam poket anda!
  • Beginilah saya melatih diri untuk mendapatkan long term memory dan skor A+ Sejarah! 

7) Sentiasa fokus di dalam kelas

  • Kosongkan meja dari bahan-bahan yang tidak berkaitan dengan kelas ketika itu 
  • Jika kelas Biologi sedang berlangsung, simpan buku Sejarah atau buku Fizik! Biar buku Biologi sahaja yang ada di hadapan anda! 

8) Jangan ponteng kelas tambahan! 

  • Jika sekolah anda menyediakan kelas tambahan, jangan ponteng! 
  • Inilah masa yang sesuai untuk memecut markah anda kepada yang lebih tinggi! 
  • Jika kelas tambahan pada waktu petang, ikuti langkah ke 9 
  • Jika kelas tambahan pada waktu malam, elakkan dari bersukan terlalu lama di waktu petang. Simpan sebahagian tenaga anda untuk kelas tambahan
  • Kelas tambahan adalah waktu yang sesuai untuk anda bertanyakan teknik-teknik menjawab soalan SPM

9) Dapatkan tidur yang cukup 

  • Pastikan anda tidur sebaik-baiknya 6 jam pada waktu malam, 
  • Namun, ada sebahagian pelajar yang berlainan corak tidurnya, jadi mereka tidak memerlukan tidur yang panjang 
  • Cuba tidur seketika sekitar 15-20 minit selepas habis waktu persekolahan, ini dinamakan power sleep. Ketika anda bangun tidur, anda akan rasakan diri anda segar terus! 
  • Jangan tidur 30 minit ke atas pada waktu tengah hari/ petang, ia akan menyebabkan badan anda berasa malas dan disoriented. Setkan alarm!


10) Bertawakkal kepada Allah setelah anda berusaha sebaiknya 

  • Jangan sekali-kali tinggal solat 5 waktu 
  • Ingatlah, walaupun rezeki kita sudah ditakdirkan, kita tetap diberi kebebasan untuk beramal! 
  • Saya juga pernah gagal dalam subjek Sains semasa Tingkatan 2, namun saya terus bangkit dan jadikan kegagalan itu sebagai turning point dalam hidup saya. 
  • Jangan sesekali berputus asa!


Demikianlah 10 tips yang saya lakukan untuk skor 11A+ dalam SPM. Yakin pada diri, anda boleh! 

7 ulasan:

  1. hi
    saya nak nombor telefon awak
    nak message awal

    BalasPadam
  2. Untuk subjek biology ,adakah lebih memerlukan hafalan? Atau fahamkan sudah cukup..🤔

    BalasPadam
  3. Subjek sains tulen cikgu buat nota jugak tak?

    BalasPadam
  4. Saya suka tips awak, semoga saya dapat result mcm awak untuk SPM batch 04😊

    BalasPadam
  5. Saya suka tips awak, semoga saya dapat result mcm awak untuk SPM batch 04😊

    BalasPadam